Monday, February 27, 2017

Beberapa ketika mutakhir ini kita mendengar dan melihat sebahagian dari Peribumi Melayu telah menjadi begitu kurang sopan. Kita tahu dalam politik, tiada istilah kawan atau lawan. Kawan semalam hari ini mungkin menjadi lawan begitu juga sebaliknya. Jadi sudah menjadi lumrah dalam dunia politik. Namun rasanya mutakhir ini, politik yang diamalkan oleh sebahagian dari kita sudah sampai ketahap diluar norma manusia yang dikatakan Bangsa Melayu.

Sehari dua ini kita terkejut, saorang Setiausaha Akhbar kepada seorang kenamaan melebel kan Tun Mahathir sebagai orang tua nyanyuk.

Kita ingin bertanya, siapakah Setiausaha Akhbar ni jika dibandingkan dengan Tun, Sudah berapa banyak jasa yang telah ditaburkan buat Negara tercinta ini. Dan paling jelek, berapakah usia saudara Setiausaha ini ketika Tun menjadi Perdana Menteri. Tidak adakah jasa yang telah dibuat oleh Tun yang hari ini menempatkan saudara dimana saudara sekarang.

Mungkin Tun adalah ibarat saorang ayah yang telah banyak memberi kejayaan dan kesenangan hidup buat saudara dan mereka mereka yang sewaktu dengan saudara. Oleh itu jauhi lah sifat jelek saudara itu, kerana saudara patut menghayati ayat yang terdapat dalam Surah Luqman. Rasanya apa yang telah dibuat oleh Tun selama 22 tahun, bukan hanya saudara saja yang menikmatinya, bahkan melimpah kepada keturunan saudara.

Janganlah kerana kita disebelah bertentangan, maka kita lupa siapa diri kita, kita lupa kesopanan kita, dan kita lupa suruhan agama kita. Memang Tun juga tidak terlepas dari kesilapan, tapi biarlah kita menilai dia sebagai Bekas Saorang Pemimpin Negara yang telah membawa banyak jasa kepada kita.

Jadi mari lah kita renung renungkan bersama.


No comments:

Post a Comment