Sunday, February 10, 2019

Revisit NegaraKu

Assalamualaikum Semua. Assalamualaikum Malaysia ku.
Post ini aku tujukan khusus kepada semua para Wakil Rakyat yang telah diberi kepercayaan dan mandat olih 30 juta rakyat Malaysia dalam pilihanraya yang ke13 lepas. Setiap dari saudara dengan secara khusyuk dan tawaduk telah mengangkat Sumpah Jawatan sebagai Wakil Rakyat yang di pilih.
Kepercayaan yang diberi oleh rakyat sudah tentulah mengharapkan perubahan dari kepayahan kepada kesenangan, dari penderitaan kepada keselesaan di dalam menjalani kehidupan harian.

Aku telah melalui kehidupan ini menjangkau 7 dekad. Dari zaman pasca Perang Jepun dan pra Kemerdekaan, zaman Yang Mulia Tungku, Tun Razak,Tun Hussein Onn, Tun Mahathir, Tun Abdullah dan terkini Panglima Bugis, DS Najib. Dalam melalui liku2 selama 7 dekad ini terlalu banyak kalau hendak diperkatakan disini. Susah senang silih berganti. Tapi biarlah kita ringkaskan saja secara umum.

Memang kita begitu susah diawal Merdeka, susah kerana waktu itu pilihan hanya satu antara dua.
Pilihan pertama makan gaji, sama ada dengan Kerajaan atau Syarikat2 British dan pilihan kedua tidak lain tak bukan Kerja Kampung, bertani, Sawah atau Getah. Gaji mungkin tak seberapa bagi yang makan gaji, begitu juga pendapatan bagi yang bertani hasil dari jualan padi dan getah. Bagi orang2 China waktu itu ada yang berniaga secara kecil2an dan juga bertani dari tanah tanah yang di sewa dari orang Melayu. Orang India pulak selain makan gaji dengan kerajaan majoritinya bekerja di estet estet yang dipunyai oleh Orang Putih.

Walaupun kehidupan tidak mewah, namun kerukunan kehidupan diantara 3 Bangsa Utama di Malaya waktu itu amat akrab terjalin, walaupun ada pihak pihak yang mengambil kesempatan keatas Bangsa Peribumi. Ahmad menghormati Si Ah Chong dan Samy, Ah Chong menghormati Ahmad dan seterusnya. Anak anak boleh bercampur antara satu dengan yang lain tanpa prasangka. Di jiwa setiap ibu bapa tiada kerisauan tentang masa depan anak masing masing. Setiap jiwa percaya penuh kepada Kerajaan yang dipilih. Setiap anak dijamin dengan pelajaran percuma hingga keperingkat tertinggi boleh dicapai. Ibu bapa hanya perlu bayar RM 5.00 bagi sepenggal yang dikenali sebagai Duit Padang.

Anak2 Melayu yang berpotensi, dibawa masuk ke sekolah sekolah terbaik yang bahasa pengantar nya ialah Inggeris. Program ini di namakan SMC, Special Malay Class.Buku buku teks semuanya percuma, diturunkan dari setahun ke setahun sehinggalah buku2 ini menjadi lusuh, baru diganti dengan yang baru.Tiada Sekolah KAFA, yang ada cuma salah satu mata pelajaran iaitu Ugama Islam, dimana ustaz2  begitu tekun dan komited dengan tanggung jawab bagi menentukan murid2nya mendapat asas agama yang mantap.

Di Parlimen, wakil wakil Rakyat yang dilantik dan di pilih memainkan peranan masing, tak kira sebagai Pemerintah atau Pembangkang. Bersama dengan tujuan yang satu, untuk Malaya/Malaysia Ku. Kerajaan bersedia mendengar pendapat dari Pembangkang, begitu juga Pembangkang dengan hati terbuka menerima perancangan yang dibuat oleh pemerintah. Setiap Ahli yang dipilih ke dalam Dewan ada lah aset berharga bagi membina sebuah Negara yang Merdeka. bahkan Perdana Menteri di waktu itu Allahyarham Tun Razak, akan membawa wakil2 Pembangkang didalam rombongan nya apabila beliau membuat lawatan keluar Negara.

Hari ini 2017, Sudah masuk tahun yang ke60 kita Merdeka....Sesungguhnya 60 puluh tahun bukanlah satu waktu yang singkat, Kalau anak yang lahir pada 1957, tahun Kemerdekaan, anak tiu hari ini mungkin sudah menjadi Atok atau Nenek. Mungkin sudah punyai berbelas orang cucu. Sekurang kurangnya sudah melalui tiga generasi.Kita bangga dengan pembangunan fizikal kita, pencakar langit menghiasi bandaraya kita, Kereta kereta besar menjalar dijalan jalan raya kita. Namun mari bersama kita bertanya, apakah pembangunan fizikal yang kita bangga itu benar benar mencerminkan kehidupan rakyat terbanyak negara ini, khususnya Bangsa Peribumi.

Beberapa pertanyaan harus kita utarakan disini.
Apakah sumpah dan akujanji yang diucapkan oleh Yang Berhormat Yang Berhormat kita sudah tidak ada apa apa pengertian lagi?
Apakah setiap wakil yang  dipilih mewakili rakyat sudah tidak punya maruah lagi.?
Kemanakah perginya tanggung jawab yang dibuat sebelum mereka dipilih?
Apaka kemajuan dah kesenangan yang di buat untuk rakyat terramai?
Setiap hari rakyat dihidangkan dengan pembohongan yang bertali arus. Seolah olah rakyat hanyalah ayam ayam daging yang dilambak dengan dedak dedak busuk bagi menanti masa untuk disembelih.

Apakah mereka buta dimata juga dihati dari melihat dan merasai penderitaan yang semakin bertambah?
Berapa ramai Anak Bangsa yang kini tiada mata pencarian, setiap peluang ekonomi semuanya diboloti oleh Pendatang yang diundang dan tidak diundang?
Jenayah semakin menjadi jadi, siang malam para media menghidangkan dengan berita berita jenayah yang tak berkesudahan, dari sekecil kecil hingga sebesar besar jenayah.
Perbelanjaan kehidupan begitu menghimpit, Setiap hari segalanya meningkat, namun sang pemerintah kerap menyatakan segalanya baik dah dikawal.
Rakyat dieksploitasi semahunya dari segi Agama dan Bangsa, walau pun mereka tahu elemen ini akan membakar tamadun yang dibina.

Akhirnya rakyat ingin bertanya
Tidak ada kah perasaan simpati dan kesihan dari mereka melihat kesusahan dan penderitaan yang ditanggung oleh rakyat?
Tidakkah perasaan bersalah terselit dihati mereka. Kalau ada mengapa mereka membiarkan keruntuhan ini berterusan?
Sedarkah mereka bahawa mereka kini menghakis Tamadun Bangsa yang akan memberi kesan ke beberapa generasi yang akan datang?
Ingatlah para Yang berhormat sekalian, rakyat juga adalah manusia yang punya hati dah perasaan, yang mengharapkan kepada kesenangan dan keselesaan. Jangan sampai rakyat menghukum para Yang Berhormat semua, kerana pada waktu itu segalanya sudah terlambat.
Jangan sampai nasi sudah menjadi bubur yang basi.


I posted this exactly 2 years ago. that was Sunday 12th feb 2017.
Just for deep thinking to the previous and present ruling Government.



Monday, February 27, 2017

Beberapa ketika mutakhir ini kita mendengar dan melihat sebahagian dari Peribumi Melayu telah menjadi begitu kurang sopan. Kita tahu dalam politik, tiada istilah kawan atau lawan. Kawan semalam hari ini mungkin menjadi lawan begitu juga sebaliknya. Jadi sudah menjadi lumrah dalam dunia politik. Namun rasanya mutakhir ini, politik yang diamalkan oleh sebahagian dari kita sudah sampai ketahap diluar norma manusia yang dikatakan Bangsa Melayu.

Sehari dua ini kita terkejut, saorang Setiausaha Akhbar kepada seorang kenamaan melebel kan Tun Mahathir sebagai orang tua nyanyuk.

Kita ingin bertanya, siapakah Setiausaha Akhbar ni jika dibandingkan dengan Tun, Sudah berapa banyak jasa yang telah ditaburkan buat Negara tercinta ini. Dan paling jelek, berapakah usia saudara Setiausaha ini ketika Tun menjadi Perdana Menteri. Tidak adakah jasa yang telah dibuat oleh Tun yang hari ini menempatkan saudara dimana saudara sekarang.

Mungkin Tun adalah ibarat saorang ayah yang telah banyak memberi kejayaan dan kesenangan hidup buat saudara dan mereka mereka yang sewaktu dengan saudara. Oleh itu jauhi lah sifat jelek saudara itu, kerana saudara patut menghayati ayat yang terdapat dalam Surah Luqman. Rasanya apa yang telah dibuat oleh Tun selama 22 tahun, bukan hanya saudara saja yang menikmatinya, bahkan melimpah kepada keturunan saudara.

Janganlah kerana kita disebelah bertentangan, maka kita lupa siapa diri kita, kita lupa kesopanan kita, dan kita lupa suruhan agama kita. Memang Tun juga tidak terlepas dari kesilapan, tapi biarlah kita menilai dia sebagai Bekas Saorang Pemimpin Negara yang telah membawa banyak jasa kepada kita.

Jadi mari lah kita renung renungkan bersama.


Monday, February 6, 2017

Salam perkenalan.

Assalamualaikum para sahabat, kenalan, dan semua yang melawat blog saya ini.
Saya hanyalah saorang insan yang terlalu hijau terjun kehalaman ini.
Mungkin kehadirin saya tidah akan membawa apa apa perubahan, dan tanpa membawa apa apa kesan.
Namun saya terpanggil untuk menyumbang pandangan dan menghulur silatarahim melalui SALAM HamKA.
Di harap kedatangan saya dapat diterima disini, dan kiranya ada kekurangan harap maaf dan diperbetulkan.

Assalamuaalaikum dari saya.

Salam HamKa.